Rasanya masih dalam tahun 2010.... tapi realitinya skng sudah pun 2011...dah 21hb pn.. hari ini ada sekolah ganti sempena tahun baru cina...wah....lepas ni cuti panjang lagi utk seminggu.oklah dapat release tension sikit selepas sebulan buat rutin baru bagi sesi persekolahan 2011 ni....2011 dijangka terlalu banyak kerja perlu dibereskan. diharap semuanya dapat diselesaikan dengan baik. seperti biasa bila ada sekolah ganti, memang jumlah murid yang hadir boleh dikira dengan jari. hari ini semua murid kelas aku tak datang....so, apa lagi aku ambik kesempatan ni untuk update blog, baca email, baca paper n buat kerja2 sekolah yang tertangguh.
Diam tak diam...sudah seminggu along pergi....tiap kali lepas solat aku tak lupa sedekahkan along n arwah nenek al-fatihah...semoga roh mereka dicucuri rahmat. 2 hari lepas ada telefon ayah, dia bagitahu mlm ini kak imah isteri along akan buat kenduri tahlil arwah untuk hari ketujuh. Aku tak dapat kesana, petang ini abg ipar dari hulu langat akan datang ke rumah. lagipun rumah tak berkemas lagi... dah 2 minggu rumah tak dimop...ingatnya hari ahad ini mahu berada dirumah dan mengemas apa yang patut.... aku ni mmg jenis tak suka rumah berhabuk dan barang dalam rumah tu lintang pukang. alamatnya, adalah orang yang kena bebel.... hisshhh...tu la perangai teruk aku..suka membebel... kadang - kandang kesian dengan suami aku. tapi time aku membebel2 ni, dia pandai je buat lawak...dari aku nak marah terus blh tergelak plak.... entahlah....itulah agaknya walaupun dah 4 tahun kawin dan masih belum ada anak ni kami macam tak rasa apa2. itulah hakikat sebenar.....dan suami pun selalu ckp "rasa mcm baru semalam je kawin".... malam tadi nak tidur pun dia sempat cakap mcm tu jugak.... kadang2 time nak tidur ni kami berdua selalu tazkirah diri..... ingat dunia, ingat akhirat.... mlm td sebelum tidur suami aku suruh mengucap dulu...aku ikut je apa dia suruh.... betullah, susah nak cari suami mcm ni skng....bila aku lewat solat diingatkan, sebelum tidur tak pernah dilupakan aku sama ada sudah solat isyak ke belum. pagi waktu subuh pun dia la tolong kejutkan aku... realitinya bukan aku ni tak suka solat atau malas solat tapi, kadang2 terlalu penat dengan urusan kerja, rumah tangga, menguruskan mak dan ayah...itulah menyebabkan aku lewat solat....hakikatnya aku bersyukur dapat suami seperti dia.... semoga rumah tangga kami aman bahagia dan dikurniakan anak - anak....
oklah cukup la buat hari ini.....misi hari ini banyak sangat, balik sekolah nak pos coklat pastu mengemas rumah dan masak apa yang patut sebab abg ipar nak datang rumah....
No comments:
Post a Comment