Pages

Tuesday, January 18, 2011

PERGINYA ALONG BUAT SELAMA - LAMANYA

Hari ini aku start bekerja semula.....letih, lesu, sayu, sedih semua bercampur baur......15/01/2011 akan menjadi satu lagi tarikh yang akan diingati..... sabtu pagi yang redup dan sejuk aku mendapat berita tentang kematian along... kelu lidah tak terkata....fikiran juga tidak fokus....tak tahu apa yang harus di buat... sehinggalah jenazah didepan mata sendiri, baru aku sedar allah telah menarik nyawa seorang daripada adik beradik aku..... redha dengan pemergian along, namun jauh disudut hati tak sempat memohon maaf dengannya sekiranya ada aku berbuat salah dan silap sepanjang umur 29 tahun ku ini....

pagi sabtu lalu....entah kenapa....seawal jam 9 pagi lagi aku sudah memasak.....kari udang telah siap, ayam goreng juga sudah diangkat dari kuali, yang tinggal ikan goreng yang belum siap digoreng bersama sagu gula melaka yang masih dalam proses siap....dah lama tak makan sagu gula melaka, pagi tu masa cari barang untuk memasak nampak gula melaka dan sagu dalam peti ais. kebetulan pula santan kelapa ada...terus teringat hendak buat sagu gula melaka.... mesti best kalau dapat makan dengan ayah dan suami di gemas petang nnt...itulah yang ada di fikiran.... sambil - sambil membuat kerja didapur, tergerak hati berkata,"kenapa mata kiri aku tak berkedip2 pulak pagi ni....walhal dah nak 2 minggu berkedip...rimas pun ada, risau pun ada..." entahlah....aku biarkan saja perasaan itu berlalu sebab 3 hari sebelumnya aku dah telefon mak dan maklumkan padanya hal ini. mak kata biarkan saja, selawatlah tika amik air sembahyang.....

pukul 10.30 pagi telefon berbunyi....diskrin terpapar nama angah.....dalam hati berkata" apa lg yang angah nak sembangkan, semalam baru je bersembang panjang"...tanpa berlengah aku pun angkat....angah bertanya aku tengah buat apa...aku pn bg tahu tengah masak nk bawa blk gemas untuk ayah tengahari ni....tak semena- mena angah bagitahu suruh tutup api dapur n kemas2....pergi ambil ayah digemas dan bawa ke kl....jantung terus berdetup kencang.....kenapa??????? emak ke?????? seminggu sebelum sek dibuka, kakak bw emak ke KL, yang ada di gemas hanya ayah seorang....ajak datang ke batu kikir tak mahu.... lalu aku punbertanya pada angah "kenapa???" lalu angah pun memberitahu yang along telah pergi selama - lamanya...

sepantas kilat aku dan suami mengemas apa yang patut dan menarik beberapa helai pakaian untuk dibawa bersama.... destinasi pertama adalah ke Gemas untuk mengambil ayah dan terus ke klang..... akhirnya aku dan abg ketiga dari JB berjumpa di petronas bukit raja untuk sama - sama ke klang. sampai disana jenazah tengah dikafankan....adik - beradik lain semua telah ada....aku bersalaman dan berpelukkan....sedih tak terkata melihat jenazah along didepan mata.... mak terhenti - henti menangis....aku peluk mak dan suruhnya bersabar... selepas selesai kafan...ayah duduk disisi jenazah lalu membaca doa....lalu ayah mengampunkan segala dosanya dan menghalalkan segala - galanya dan ayah kata pergilah kamu dengan tenang....air mata aku dan seluruh ahli keluarga mengalir deras..... ayah yang sepanjang perjalanan tadi tenang juga menangis.... anaknya pergi dulu sebelum dia....sesungguhnya allah itu adil, apa yang dijanjikannya juga benar.....apabila ajal itu sampai, tiada siapa dapat menahannya walaupun sesaat.....ya allah....permudahkanlah along disana....ampunkan segala dosanya...

selepas itu, kami semua mencium pipi along...sampai giliran aku...aku cium kiri dan kanan pipi along...terasa sejuk pipinya... wajah along pucat.... dia pergi ketika tidurnya.... senang sungguh dia pergi meninggalkan kami....raut wajahnya sangat tenang....setenang cara pemergiannya..... kami semua mengiringi along ke masjid dan tanah perkuburan....aku mewakili mak ke sana...mak sudah tak berdaya mahu kekubur..... aku bagitahu mak yang aku akan kubur untuk mewakili mak, mak hanya mampu mengangguk...sedih benar hati ibu ini..... berulang kali dia beritahu " aku yang sakit kenapa along yang pergi dulu"..... sabarlah mak, semuanya ketentuan dari Illahi....

buat diriku, sesungguhnya pemergian along ini sebagai satu ujian Allah kepadaku...ujian tantang kesabaran dan redha....Allah suruh aku bertenang dan mahu mengingati aku bahawa mati itu pasti....hanya bila dan ketikanya itu adalah rahsiaNya...... perjalanan hidup didunia ini sementara......carilah keredhaannya....pertingkatkan amal untuk bekalan diri disana......ya allah....berikanlah aku kesabaran dan kuatkanlah iman aku sepanjang berada di dunia milik Kamu....

buat along, walaupun adik tak sempat mohon maaf atas semua gurau senda kita...namun adik maafkan along atas apa jua salah dan silap....along akan sentiasa dihati sebagai along yang sangat baik tidak pernah marah atau meninggikan suara malah juga seorang yang pemurah.....selepas ini adik akan sentiasa merindui kata - kata along " bila la kau nak kurus dik....." semoga along tenang disana dan al-fatihah sering mengiringi pemergian along ini.......Al-Fatihah.......

No comments:

Post a Comment