Pages

Tuesday, March 20, 2012

Kenangan 2010

Abang dari JB datang melawat

semalam tak sempat tulis apa2 di blog ni...sebab bz memasak dr pagi sampai ptg...malamnya dah keletihan....tak pelah...seskali family dtg melawat di rumah baru kami....kalau dikira, tahun ni la paling ramai sedara mara & kawan2 datang melawat rumah kami....baguslahkan....ramai yang datang, maka lagi banyak la rezki yg masuk ke dlm rumah kami....

abang datang sekeluarga bersama mentuanya iaitu besan ayah (Cik ros). mak dan ayah pn datang sekali...nak jadi cerita, biasa kalau balik gemas abg akan bawa dua kereta tp kali nie dia bawa satu kereta je...so suami pn balik gemas dan ambil mak n ayah skali.... aku masak tgh tu sup tulang, ayam goreng, sambal tumis terung.... haha... ayah kata sedap!!!!! bukan senang ayah aku ni nak puji org masak.....kira oklah....alhamdulillah...kita masak n org kata sedap... so petang tu plak aku goreng karipap... karipap tu aku buat sendiri n frozenkan.... cuti sekolah ni, panjang jadi nak penuhkan masa aku pn masak la....

mereka tak tidur sini...kiranya datang hari saja..... tp oklah...lain kali datang lagi..

Hari ini - projek Edible garden

Hari ni pagi2 la mcm biasa kami suami isteri akan meronda sekeliling rumah untuk lihat tanaman kami....sejak duduk rumah sendiri ni kami rajin juga menaman... bahagian depan dulu suami aku tanam jagung...sekarang dia dah buat rumput karpet... so bahagian yang kami blh menaman hanya tepi dan belaknag rumah...
oleh kerana belakang rumah dah tanam serai, daun pandan, pokok pisang kecil, betik, halia, cili padi dan kunyit jadi aku saje je ckp kat suami, untuk tanam sepanjang tepi rumah ni dengan pokok sayuran.... aku cakap mcm gambar dlm kalender tu... buat edible garden... lastly suami aku terus setuju dan terus cangkul tanah.... rajin sungguh suami aku ni...rasa2 sepanjang kawin ni dia tak penah hampakan apa aku minta kalo dia mampu buat....now dia dah tidur....kesian letih...

Januari 2010

bulan januari hari tu..kami suami isteri sangat sibuk walaupun masa tu aku baru baik dari bleeding yang berpanjangan (hampir 2 bulan bleeding)....sibuk untuk masuk rumah baru. mcm2 perkara kami buat...call org bt wiyering, call cina buat tabletop untuk kitchen kabinet, call mamat buat kabinet dapur, call org bt grill rumah... mmg penat sangat2 lah...rasa waktu siang tu mcm tak cukup masa...bila mlm, masing2 tidur lupa diri... tp kami seronok sbb dapat lihat umah kami siap 1 per 1 depan mata kami sendiri.

dalam pada sibuk tu kami sempat juga berjalan ke mydin MITC melaka utk cari ready made curtain...lastly mahal sangat dan tak menarik designnya dan paling utama sebab kami tak nk beli ialah labuh langsir tu tak selabuh 3m sliding rumah kami... nak dijadikan cerita...rumah kami ni sangat la tinggi dari lantai ke syiling 4meter lebih. so kami decide beli day curtain sahaja untuk diletak di pintu bilik...

minggu berikutnya kami ke jasco seremban dan di situ kami jumpa langsir yang sesuai dgn ketinggian sliding door kami...yang paling best langsir tu brand jusco selection...biasa harga utk satu panel RM79.90 tp kami dpt dengan harga RM 25 sahaja!!!!! so apa lg kami pn beli untuk 1 rumah... total harga RM 200++ ...oklah...mmg jauh dari budget kami...so baki duit blh salurkan pada tempat lain plak... yang tak bestnyer langsir ni warna oren!! hentam sajalah...janji murah n ok..

so sepanjang bulan satu thn ni kami mmg bz untuk membuat persiapan masuk rumah baru.....rasa amat2 teruja.... lepas je grill dan langsir siap pasang adalah dua kali  kami cuba bermalam di rumah baru kami ni.... rumah type semi-D ada 4 bilik dan 2 bilik air...laman pn besar...

Inilah rumah kami.....

pandangan hadapan rumah....blh masuk 2 kete

pandangan sisi



itulah sebahagian cerita kami pada bulan januari 2010...

FEBRUARI 2010

Bulan Februari 2010 merupakan bulan kesedihan kepada kami sekeluarga....dalam sibuk aku dan suami menguruskan urusan rumah baru kami, pada malam 19/2/2010...selepas solat maghrib, suamiku ingin makan mlm. Jadi tanpa berlengah, aku pn menghidangkan makanan yang kami beli di pasar malam. rasa seronok malam ni kerana kami mkn dirumah baru dan akan tidur semalaman disini walaupun masih lagi belum berpindah.... sebenarnya tujuan tidur di rumah ini untuk melihat sama ada wiyering rumah ok atau pun tidak. jd bila waktu mlm semua lampu, kipas dan aircond blh dipasang untuk melihat sama ada berfungi dengan baik atau sebaliknya.

baru sahaja menjamah makanan 4 mulut, tiba2 handset berbunyi. suami terus mengangkat tel....air mukanya terus berubah sambil berterusan beristigfar.....bila handset di off. suami memberitahu yang rumah mak di kelantan terbakar.... kami berdua panik memikirkan keadaan....tak blh bayang apa yang sedang berlaku. aku pula terlintas keadaan mak mentua dan khatijah shj kerana ketika itu abah dan adik lelaki tiada dirumah kerana keluar berdakwah..... akhirnya aku amik keputusan menelefon ayah digemas dan menceritakan kejadian yang berlaku dan memaklumkan pada ayah yang kami akan pulang ke kelantan pada tengah mlm ni.

alhamdullilah, selepas menelefon ayah, ayah telah menelefon pula anak saudaranya yg berada dikampung mata ayer yang duduk berdekatan (15 min perjalanan) dgn rumah mentua untuk mendapat tahu keadaan mak mentuaku....selepas itu, kami dimaklumkan tiada kemalangan jiwa berlaku, semuanya selamat.... tenang hati kami mendengar berita itu. Lalu aku paksa suami untuk tidur sebentar sebelum kami bertolak pulang ke kelantan pada pukul 4 pagi itu....alhamdullilah pukul 10 pg kami selamat sampai di sana. kami sangat hiba melihat deretan rumah kedai hangus terbakar sama sekali....mungkin disebalik semua ini, ada hikmah tersembunyi.... lihatlah gambar2 dibawah


Api sedang marak...terima kasih pada www.nixk.net untuk picture ini


banyak objek yang hangus dan melayang diudara.

Inilah rumah mentua, bersebelahan dengan kedai hotlink dibelakang tiang telefon awam...hangus sama sekali. yang ada hanya atap ditingkat dua. sedih, sayu, sesak nafas semua perasaan bercampur baur.... kebakaran dikatakan berpunca dari dapur masak jiran yang tidak ditutup apinya. rumah ni, rumah kedai....ada kedai jual makan, kedai runcit, kedai telekomunikasi, kedai emas dan bnyk lg. nak dijadikan cerita, cuti sekolah bulan 12 aku baru je ambil tempahan 1 set gelang tangan dan cincin dari kedai emas ni..aku tempah pada bulan 6 2009.....nasib baik sempat ambik kalau tidak, hangus terbakar semuanya.....ipar - ipar dan biras- biras semua bertanya pada aku sama ada sempat atau tidak mengambil barang emas ni....apa pn alhamdulilah semua terselamat, mujurlah kerugian mentua dalam kebakaran ini tidak banyak....kerana mentua sudah lama tidak lagi berniaga....dulu mereka meniaga beras. oleh kerana faktor keuzuran mereka tidak lagi berniaga dan hanya menumpukan pada tanaman kelapa sawit sahaja.

selesai balik dari kelantan, kami pn meneruskan usaha untuk mengemas rumah kami untuk berpindah. kami mahu berpindah pada hari jumaat. kebetulan hari jumaat tu cuti maulidur rasul.....alhamdulilah semua urusan lori dan orang untuk mengangkut barang telah diatur oleh suami. suamiku mengambil pelajar2 sekolahnya untuk mengangkat barang. maklumalah rumah tu rumah flet, memang susah nak bawa turun barang dari tingkat 3. dah 3 tahun kami duduk bersama dirumah tu selepas berkahwin. suami pulak mendiami rumah tu dari tahun 2004 lagi....tahun 2010 kami tinggalkan rumah tu dengan keadaan sedih....banyak kenangan kami bersama dirumah tu...

MAC 2010

sepanjang bulan Mac ini merupakan fasa kami membiasakan diri dirumah baru. dari masa keluar untuk bekerja, pergi pasar, keadaan persekitaran rumah, jiran - jiran dan sebagainya...oppsss...sebelum tu seperti biasa aku masih lagi meneruskan jualan tudung kepada rakan - rakan....alhamdullilah jualan sangat memberangsangkan...... jualan tudung ini aku dah lakukan dari penghujung tahun 2009 lg....

hujung minggu plak aku akan balik ke rumah mak untuk menghantar lauk mentah dan lauk yang telah dimasak.... mak dah semakin uzur...semoga allah memelihara kesihatan dan umurnya..... love u mama!!!

APRIL 2010

Bulan ini masih lagi seperti biasa....hujung minggu pula aku setia pulang ke rumah mak untuk melawat mak dan ayah.....ayah semakin uzur dengan usianya namun dia sihat....mak pula semakin tidak sihat..... kesian melihat mak melawan diri dengan sakitnya.....puas dipujuk ke hospital tapi tetap dia tidak mahu.....namun, hari2 selepas solat, aku sentiasa berdoa semoga dia cepat sembuh....dan aku bernazar jika mak sembuh dan dapat berjalan dgn baik seperti sebelumnya, aku akan buat kenduri kesyukuran.....

sementara itu jualan tudung juga berjalan seperti biasa..... namun soal mendapat anak buat masa ini aku tangguhkan dahulu....terlalu fobia dengan keadaan bleeding hampir 2 bulan menyebabkan aku serik.....mujur suami sangat memahami....

MEI 2010

bulan ini, disebabkan cawangan jualan tudung telah bertambah aku putuskan untuk membeli broadband sebagai langkah untuk membuat blog jualan tudung. akhirnya aku membeli broadband celcom dengan harga bayaran bulanan sebanyak RM 68 sahaja. dah ada internet, maka aku pn buka blog jualan. layar www.nitascarf.blogspot.com


JUN 2010

Bulan ini kami mendapat berita gembira, suami aku akan berpindah sekolah di bandar baru iaitu Sekolah Sri Jempol. alhamdullilah.....lepas ini bolehlah kami bawa 1 kereta sahaja ketempat kerja. so, naik sahaja cuti sekolah suami dapat surat pertukaran sekolah dan kami pun mulakan sesi berkongsi kereta.....terasa sangat happy....pertama aku tak payah bawa kereta jauh dari batu kikir ke sek aku..... kedua budget bulanan untuk duit minyak juga dapat dikurangkan sehingga 3 ratus ringgit. 

JULAI 2010

No comments:

Post a Comment