Pages

Wednesday, February 16, 2011

Setahun sudah berlalu.....

Pertamanya....ingin aku katakan alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnianya aku dan suami telah dapat menduduki rumah baru kami selama setahun......

Bila diimbas kembali, kami berdua sama - sama merasakan terlalu pantas masa berlalu. rasanya baru semalam kami sibuk menguruskan urusan perpindahan ini..... Itulah, masa tidak menunggu kita.... sekejap saja ianya beredar pergi....

sepanjang berada dirumah baru ini...banyak perkara telah kami dapat sesuaikan.... mula - mula memang sukar namun setelah setahun segalanya sangat mudah buat kami. Alhamduilllah sekali lagi... tak de apa yang sukar pun sebenarnya... cuma dulu apa yang selalu bermain di fikiran adalah bila masa kami akan keluar ke tempat kerja setiap pagi...yelah jarak rumah dah semakin jauh dengan tempat keja. Namun Allah permudahkan urusan dengan secara tiba - tiba suamiku dapat berpindah tempat kerja di Bandar Baru.... syukur... jadi sekarang kami hanya membawa 1 kereta ke tempat kerja. dari rumad suamiku yang bawa dan sampai di sekolahnya aku pula yang bawa. jadi aku taklah penat sangat memandu kerana sekolah aku lebih jauh sdikit.... soal kewangan tidak pernah timbul seperti membawa 1 kereta untuk menjimatkan minyak tidak pernah timbul kerana sebelum ini pun rutin bulanan untuk bayaran petrol kereta memang dalam budget bulanan kami. Namun kami mengakui dengan membawa satu kereta sebanyak RM250 sebulan dapat diselamatkan dan boleh disalurkan kepada bahagian lain pengurusan rumah tangga kami yang kami gelarkan sebagai akaun kecemasan.... hurrrmmm... Inilah yang aku buat sepanjang kami berkahwin. kami wujudkan akaun kecemasan. Alhamdulilah iainya berjaya. kalau anda nak belajar, nanti ada masa saya akan terangkan bagaimana saya menguruskan akaun ini. secara tidak langsung kami meman tidak pernah menggunakan kad kredit... kad ini bukannya bagus sangat, semakin sukar dibuatnya kepada pemegang adalah...

Lain - lain masalah seperti sukar ke pasar juga telah dapat diatasi. Yelah, dulu balik kerja pun boleh siggah di kedai area pasaraya Din untuk membeli lauk basah. Skang sebab tak tau menjadikan kami kekok... MUjur ada cuti2 am yang jatuh pada hari bekerja jadi masa ini kami gunakan untuk servey kedai dan pasar basah yang ada di Batu Kikir ini. So, segalanya ada disini. Semualah ada. kedai RM2 pun ada, pejabat pos, klinik, pasaraya, pasar malam, pagar tani, pasar minggu, kedai fotostat, kedai gunting rambut, kedai baju, kedai perabot, kedai kek dll... alhamdulilah...Allah arahkan hati kami membeli rumah ditempat yang betul. Dekat dengan semua kemudahan dan berhampiran jalan besar. Nak keseremban pun amik masa kurang dari 45 minit untuk sampai...

Setakat sekarang.... kami tengah berusah mencantikan lanskap rumah kami.... rumput karpet telah kami tanam sendiri. sekarang tiap pagi dan petang aku dan suami tak pernah lupa untuk siram. pasu - pasu bunga yang ditanam dengan bunga pun kami telah beli. Diawal dulu, aku banyak membeli pokok bunga ros. sesuailah dengan nama tanam kami "taman mawar". malangnya daun- daun pokok selalu dimakan oleh belalang. Namun begitu bunga selalu saja berbunga.... tapi nampak toggel lah....sianya pokok ros ini. Baru - baru ini, suami aku telah membelipokok bunga kertas, cantik samgat rumah kami, warna - warni jadinya... dibahagian belakng dan tepi rumah kami buat landsakp edible garden... kami tanam dengan pokok - pokok yang boleh dimakan, seperti sayur, jagung, betik, pisang kecil, serai, ulam raja, dan pokok beri.

Lain - lainnya masih seperti biasa, kalau kami ada budget lebih tahun ini nak cat rumah. tapi warna pilihan belum tahu lagi. lagi satu kami nak beli set kerusi dan meja batu untuk diletakkan ditaman kami. so petang - petang bolehlah kami minum teh disitu..... errrrmmmmm mesti best!!!!!

so rasanya sampai disitu saja aku nak menulis....apa pun aku rasa sangat bersyukur... kami sangat gembira berada disini.... oklah..kat bawah ini ada sedikit gambar untuk diimbas kembali detik2 kami menyiapkan rumah kami sebelum diduduki....

tgh bt wiyering n pasang kipas


dah siap.....tadaaaaaa.....

 tgh bt table top

dah siap...sangat kemas!!


asang grill


cantik.... budget paling murah yg kami dapat.


tgh memasang kabinet....buruk plak rupanya...


Inilah hasilnya....alamak lg 1 pintu tertinggal la....


suamiku yg tengah membancuh simen nk lepakan bhgn belakang dapur


nilah area belakng dapur kami...luas la jugak...ada rezki nak sambung dapur buat wet kitchen

No comments:

Post a Comment